Pahang fokus lahirkan masyarakat berbudaya tinggi

Pahang fokus lahirkan masyarakat berbudaya tinggi

NURWATI Abdul Wahab (tengah) bersama tetamu di majlis bersama media Pahang di JKKN Pahang, Kuantan, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Jabatan Kebuda­yaan dan Kesenian Negara ( JKKN) Pahang melaksanakan 53 program kebudayaan dan kesenian rakyat selaras dengan sasaran indeks prestasi utama ( KPI) tahun ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarahnya, Nurwati Abdul Wahab berkata, program itu membabitkan 14 aktiviti berperuntukan dan 39 program tanpa peruntukan.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan aktiviti seni budaya anjuran JKKN Pahang dan pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) sebanyak 53 program berskala kecil dan mega.

“JKKN Pahang komited menyemarakkan aktiviti seni budaya bagi mengangkat kebudayaan dan kesenian tempatan yang banyak keunikan untuk dikembangkan ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis bersama media Pahang di sini, semalam.

Menurutnya, usaha itu merupakan antara langkah bagi menyokong dasar kerajaan untuk melahirkan masyarakat berbudaya tinggi.

Menurutnya, program mega ialah Festival Kesenian Pribumi Malaysia 2024 di Temerloh Titik Tengah Semenanjung (TTTS) dari 19 hingga 21 Julai nanti yang bakal meningkatkan kefahaman budaya pelbagai etnik peribumi di negara ini.

Katanya, terdapat sekurang-kurangnya 18 suku kaum Orang Asli di Semenanjung manakala Sabah dan Sarawak terdapat Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Kadazandusun, Murut, Bajau dan lain-lain.

“JKKN Pahang akan berkolaborasi dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya supaya lebih ramai etnik pribumi Malaysia menyertai festival ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN