‘Ngoca’ ikan erat hubungan masyarakat Kuala Sungga

‘Ngoca’ ikan erat hubungan masyarakat Kuala Sungga

SYARAFIZA Zahari menunjukkan ikan keli yang berjaya ditangkapnya dalam pertandingan ‘ngoca’ ikan kategori wanita bersempena Jom Ngoca Raya Kuala Sungga, Tebong, Melaka. – UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Biarpun perlu meredah kolam berlumpur de­ngan kehadiran lintah dan pacat, ia sama sekali tidak menghalang peserta wanita menyertai pertandingan ‘ngoca’ ikan atau menangkap ikan menggunakan tangan.

Seramai lapan peserta me­nyahut cabaran bersempena program Jom Ngoca Raya Kuala Sungga Tebong di sini, kelmarin.

Peserta, Syarafiza Zahari, 24, berkata, ia pengalaman kali pertama menangkap ikan menggunakan tangan dan sangat me­ngujakan.

Ibu kepada dua anak itu berkata, dia tidak menyangka dapat menangkap ikan keli seberat tiga kilogram (kg), sekaligus menduduki tempat kedua dan menerima hadiah wang tunai RM200.

“Bila dengar hadiah wang tunai buat pemenang, itu menyebabkan saya memberanikan diri menyertai pertandingan ini.

“Geli memang geli, maklumlah terpaksa bermain lumpur, ada pula yang kata, ‘hati-hati lintah dan pacat’. Itu saya buat tidak peduli, yang penting saya hendak tangkap ikan guna ta­ngan dan menang hadiah,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Pertandingan ‘ngoca’ ikan kategori wanita pertama kali diadakan tahun ini dengan menawarkan hadiah wang tunai RM300 untuk juara, naib juara (RM200) dan ketiga (RM100).

Seorang lagi peserta, Norlaila Maamor, 40, berkata, dia sangat berhajat menyertai pertandi­ngan itu yang tidak diadakan bagi kategori wanita tahun lalu.

“Bila tahun ini diadakan pertandingan, saya turut serta walaupun sebelum ini tidak pernah tangkap ikan guna tangan di kawasan tali air atau kolam.

“Memang geli meredah lumpur apa lagi ada lintah atau pacat, saya tidak peduli dan tidak sangka dapat menangkap se­ekor ikan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN