Nelayan asing Vietnam bertindak agresif sebelum ditahan

Nelayan Vietnam bertindak agresif

ERWAN Shah Soahdi (kanan) semasa menjalankan soal siasat ke atas nelayan asing Vietnam di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan hari ini. UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Nelayan Vietnam bertindak agresif sehingga memaksa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan menghimpit dua bot asing itu sebelum menahan 21 nelayan termasuk tekong sekitar pukul 10 hingga 10.30 pagi pada Ahad lalu.

Pengarahnya, Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata, pihak berkuasa merampas 7,000 kilogram (kg) ikan dari kedua-dua bot itu.

Katanya, peralatan navigasi dan komunikasi serta bekalan 2,500 liter diesel termasuk dua bot itu dianggarkan bernilai RM3.3 juta turut dirampas.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati bot pertama mempunyai 17 awak-awak termasuk tekong, manakala bot kedua bersama empat awak-awak.

“Kesemua mereka yang ditahan itu masing-masing berusia 16 hingga 67 tahun,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Maritim Malaysia Kelantan di Tok Bali, di sini hari ini.

Erwan Shah berkata, nelayan asing berusia 16 tahun akan diserahkan ke Jabatan Imigresen untuk proses pengusiran mengikut peruntukan undang-undang.

Katanya, Martim Kelantan mengambil masa hampir 40 jam mengiringi bot berkenaa ke jeti pasukan.

Sementara itu, Erwan Shah berkata, sejak Januari hingga kini pihaknya telah menahan 12 bot nelayan asing Vietnam dengan nilai rampasan RM15.4 juta dan Maritim Malaysia Kelantan akan terus memerangi pencerobohan nelayan asing di perairan negara.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×