PASIR PUTEH: Nelayan Vietnam bertindak agresif sehingga memaksa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan menghimpit dua bot asing itu sebelum menahan 21 nelayan termasuk tekong sekitar pukul 10 hingga 10.30 pagi pada Ahad lalu. Pengarahnya, Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata, pihak berkuasa merampas 7,000 kilogram (kg) ikan dari kedua-dua bot itu. Katanya, peralatan navigasi dan komunikasi serta bekalan 2,500 liter diesel termasuk dua bot itu dianggarkan bernilai RM3.3…










