MUAR: Seorang murid perempuan tahun enam dilaporkan hilang dari rumahnya di Panchor, di sini dua hari lalu. Justeru, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz meminta bantuan orang ramai untuk sama-sama mengesan kanak-kanak tersebut. “Pihak polis menerima laporan kehilangan kanak-kanak ini pada 21 Mei lalu oleh penjaganya. Berdasarkan maklumat awal, kali terakhir dia dilihat penjaganya ketika berada di dalam rumah dan selepas itu dia tidak lagi kelihatan. …