KUALA LUMPUR : Pertubuhan Kemanusiaan Malaysia (MHO) hari ini membawa kira-kira 26 aduan mangsa penipuan skim pelaburan dengan nilai kerugian RM 550,000 kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusian Masyarakat Antarabangsa (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, mangsa-mangsa telah pun tampil membuat aduan dengan pihaknya sebelum laporan polis. “Namun begitu, para pengadu masih melihat dan mendapat maklumat dari individu lain yang menyatakan bahawa syarikat tersebut pada ketika ini masih…










