Mangga dari Thailand mengandungi serangga perosak dirampas

Mangga dari Thailand mengandungi serangga perosak dirampas

RAMPASAN mangga import dari Thailand yang mengandungi serangga perosak berjaya ditahan Maqis Kelantan hasil pemeriksaan yang dilakukan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, Kelantan-IHSAN MAQIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kelantan merampas buah mangga diimport dari Thailand selepas dikesan mengandungi serangga perosak pada minggu lalu.

Rampasan bernilai RN26,000 itu dilakukan hasil pemeriksaan yang dilakukan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang.

Pengarahnya, Syed Fuad Syed Putra berkata, hasil pemeriksaan lanjut yang dijalankan mendapati, buah-buah yang diimport itu mempunyai serangga perosak yang disyaki dari spesies Mango pulp weevil (Sternochetus mangiferae).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Rampasan itu bertujuan untuk menghalang dan mengawal kemasukan serangga perosak yang boleh melumpuhkan industri pertanian negara terutamanya industri tanaman mangga tempatan.

“Sehubungan itu, Maqis Kelantan telah menahan kemasukan konsainan buah mangga itu daripada masuk ke negara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Syed Fuad memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 14, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) iaitu mengimport keluaran pertanian yang dipercayai mempunyai serangga perosak.

Katannya, menjadi keutamaan Maqis untuk sentiasa teliti dan cekap dalam menjalankan pemeriksaan terhadap keluaran pertanian yang diimport ke negara ini.

“Langkah itu bagi menjamin setiap keluaran pertanian terbabit tiada perosak, penyakit,  bahan cemar selain perlu mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan kerajaan,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini