Mahu tutup buku, netizen pun dah penat - Ruhainies

Mahu tutup buku, netizen pun dah penat – Ruhainies

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Ruhainies enggan memanjangkan lagi isu membabitkan dirinya dengan pasangan selebriti, Alif Aziz dan Bella Astilah terutama selepas kenduri aib oleh kekasih gelap aktor tersebut, Sarah Yasmine.

Jelasnya, dia tidak mampu mengawal kecaman, kritikan dan fitnah yang ditularkan sebaliknya hanya mampu menyerahkan segalanya kepada Tuhan.

“Ada yang cakap saya tak ikhlas meminta maaf, apa yang saya boleh katakan, soal hati, ikhlas semua hanya Tuhan sahaja yang tahu. Terpulanglah. Itu bukan dalam kawalan saya.

“Saya pun tak boleh nak cakap apa-apa. Saya tak mahu isu di terus berpanjangan. Saya rasa cerita ini sudah sampai ke penghujungnya. Insya-Allah, itu yang kita harapkan.

“Saya percaya, bukan saya sahaja tetapi netizen juga sudah penat dengan isu ini. Berpanjangan sampai dua bulan. Kalau boleh, kita tutup buku dan buka baharu,” katanya.

Ruhainies dalam masa sama mahu terus memfokuskan kepada karier seninya yang ketika ini dikhabarkan semakin meluas apabila dia memaklumkan menerima tawaran dari produksi luar negara.

“Saya pun dah minta maaf. Rasanya semua pihak boleh move on. Fokus saya sekarang adalah karier.

“Saya tak mahu isu ini jadi lebih panjang. Bila ada kenyataan baharu, takut tiada penghujung,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN