PONTIAN: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) akan memastikan 10 peratus daripada nilai keseluruhan projek pelebaran daripada empat menjadi enam lorong dari Senai Utara ke Sedenak diberikan kepada kontraktor G1. Pengerusi LLM, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad berkata, manakala 30 peratus kerja-kerja pembinaan akan ditawarkan kepada kontraktor bertaraf Bumiputera seperti membekal premix, perabot jalan dan sebagainya. Katanya, peluang itu juga perlu diberikan kepada para pelajar dalam bidang teknikal bagi mengikuti latihan industri sepanjang projek tersebut dilaksanakan supaya mereka dapat menimba pengalaman. “Sama ada dipihak LLM atau pihak kontraktor, wajar kita menawarkan tempat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya