PETALING JAYA: Liputan internet terhad dan kekurangan prasarana tidak seharusnya menjadi penghalang melaksanakan silibus kecerdasan buatan (AI) dalam Kurikulum Persekolahan 2027. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP), Fouzi Singon berkata, keadaan geografi negara ini sememangnya menjadi kebimbangan pihaknya dan Kementerian Pendidikan (KPM) memandangkan masih banyak kawasan khususnya di pedalaman belum mendapat liputan internet serta prasarana sepenuhnya. Bagaimanapun, katanya, kekangan itu tidak seharusnya menjadi…