Kuching bandar ke-11 paling bersih di dunia - Premier Sarawak - Utusan Malaysia

Kuching bandar ke-11 paling bersih di dunia – Premier Sarawak

ABANG Johari Tun Openg (lima dari kiri) bersama tetamu kehormat lain di Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Dewan Bandaraya Utara Kuching (DBKU), Kuching Sarawak malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Bandaraya ini dinobatkan sebagai bandar kesebelas (ke-11) paling bersih di dunia dan untuk mengekalkan status itu, bandaraya Kuching perlu mengekalkan tahap udara yang bersih dan sihat di persekitarannya.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, selain udara bersih, bandaraya ini juga perlu mengutamakan kebersihan fizikal, seperti penyelenggaraan jalan raya dan pembersihan sisa serta pembangunan bandar yang mampan.

“Ini adalah fakta penting dalam mengukur kebersihan sesebuah bandar, iaitu udara di kawasan bandar kita bersih tanpa banyak karbon.

“Sebab itu kerajaan Sarawak mengamalkan pendekatan dari segi aliran trafik dan penggunaan kenderaan untuk mobiliti,” kata Abang Johari ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Dewan Bandaraya Utara Kuching (DBKU), di sini semalam.

Terdahulu, Abang Johari mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pihak berkuasa tempatan DBKU dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) atas pencapaian Kuching sebagai tempat ke-11 terbersih di dunia.

Beliau kemudian berkata, mengambil contoh daripada negara maju seperti di Tokyo, Jepun dan lain-lain bandar raya yang mengeluarkan asap yang mencemarkan udara.

“Walaupun bangunan mereka cantik, tetapi dari perspektif penjagaan kesihatan, bandar mereka terdedah kepada lebih banyak bahan pencemar di udara.

“Sebab itu kita harus mengekalkan status dan Sarawak juga satu-satunya negeri yang mengutamakan bahan api mesra alam. Itulah sebabnya kita bermula dengan hidrogen.

“Pengangkutan awam kita menggunakan bahan api yang lebih bersih dan Sarawak mempunyai pelan hala tuju di mana kereta juga menggunakan bahan api paling bersih, sama ada elektrik atau hidrogen,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN