SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana individu atau organisasi yang didapati telah melakukan kesalahan mencemarkan sumber air mentah di Negeri Sembilan susulan kejadian pencemaran air seakan minyak yang memasuki Sungai Linggi, kelmarin. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kerajaan negeri komited dalam hal itu dan mana-mana pihak yang didapati telah melakukan kesalahan akan dikenakan tindakan sama ada dalam bentuk kompaun,…