KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan terus komited untuk menggubal semula 16 seksyen Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 yang dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada Februari lalu. Menteri Besar Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, usaha itu selaras dengan usul yang diluluskan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Mac lalu. Menurutnya, sebagai kerajaan yang meletakkan Islam sebagai dasar pentadbiran, Kelantan pasti tidak boleh berpeluk tubuh dan berdiam diri apabila pihak…










