MEKAH: Aspek kebersihan yang dijaga rapi terutama ketika hari Masyair menjadi cerminan kemabruran haji seseorang. Ketua Rombongan Tabung Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, kebersihan turut disifatkan sebagai pelengkap bagi seseorang jemaah dalam mendapatkan haji mabrur. Justeru, katanya, amalan kebersihan yang sinonim sebagai tanda aras jemaah Malaysia perlu konsisten dikekalkan bermula dari ketibaan di tanah suci sehingga menjelang pulang ke tanah air. “Untuk mendapatkan haji mabrur, ciri…









