KOTA BHARU: Kanak-kanak di negeri bersempadan Thailand seperti Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak merupakan antara golongan paling ramai yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri selepas mereka dilahirkan. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Badrul Hisham Alias berkata, perkara tersebut terjadi berikutan perkahwinan ibu bapa mereka di Thailand tidak teratur dan tidak didaftarkan di negara ini. Menurutnya, perkahwinan tidak teratur melibatkan perkahwinan di luar negara dan tidak didaftarkan semula di dalam…










