Judi dalam talian: 3 sindiket dalam radar

Judi dalam talian: 3 sindiket dalam radar

KETUA Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya tiga sindiket perjudian dalam talian di negara ini dalam radar Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya kini mempertingkatkan operasi dalam usaha mengenal pasti dalang dan melumpuhkan aktiviti haram itu.

Katanya, siasatan polis setakat ini mendapati kegiatan itu dijalankan secara ‘layering’ hingga tujuh lapisan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selama ini kita tangkap ‘ikan bilis’ antaranya penganjur, ope­rator, pengurus, mungkin dari lapisan ketujuh.

“Bagaimanapun, ratusan judi dalam talian di negara ini dipercayai didalangi antara dua atau tiga tauke sindiket.

“Justeru, kali ini kita komi­ted untuk banteras perjudian dalam talian ini dengan membekukan akaun-akaun bank dipercayai dijadikan akaun keldai, malah kita berjaya kesan hingga peringkat lapisan keempat,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Razarudin, melalui usaha dan operasi dijalankan, beliau percaya pihaknya dapat mengenal pasti individu yang mendalangi sindiket tersebut.

“Bagaimanapun, usaha itu memerlukan masa kerana ke­giatan tersebut dilakukan secara berperingkat bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Mereka yang terlibat akan diambil tindakan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001,” katanya.

Semalam akhbar ini melaporkan sebanyak 150 akaun keldai membabitkan RM32 juta dipercayai digunakan sindiket judi dalam talian dibekukan PDRM setakat ini.

Razarudin dilaporkan ber­kata, ia membabitkan pembekuan 73 akaun bank berjumlah RM4.72 juta serta 49 akaun yang disita dianggarkan bernilai RM25.2 juta selain 11 kenderaan bernilai RM2.2 juta dan wang tunai serta barangan kemas berjumlah RM445,000.

“Antaranya Winbox, 99, 88 dan banyak lagi namun kita sedang siasat siapa di belakang aktiviti ini.

“Justeru, usaha sedang giat dijalankan bagi mengesan akaun-akaun keldai dipercayai digunakan untuk kegiatan perjudian dalam talian,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini