JDT kecewa keputusan The Red Giants - Utusan Malaysia

JDT kecewa keputusan The Red Giants

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU:  Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) kecewa dengan keputusan Selangor FC menarik diri daripada perlawanan Liga Super Malaysia dan Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, esok.

Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, Alistair Edwards berharap agar Selangor FC dapat mempertimbangkan semula keputusan untuk tidak hadir dalam perlawanan ini.

Jelasnya, tindakan ini menjadi ukuran untuk mana-mana pasukan menarik diri atas alasan keselamatan meskipun mendapat jaminan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kami sememangnya mengutuk keras insiden yang melibatkan Faisal Halim dan juga ancaman yang diterima oleh beberapa individu di Selangor FC tetapi kami berharap agar Selangor FC dapat mempertimbangkan semula keputusan itu.

“Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Johor telah memberi jaminan bahawa keselamatan pasukan, pemain dan penyokong merupakan keutamaan dan pihak polis akan menggandakan kehadiran dengan 1,500 anggota.

“Keputusan untuk tidak hadir dari perlawanan ini kerana ianya boleh menetapkan ‘precedent’ untuk mana-mana pasukan menarik diri kerana merasakan tidak selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, pasukan The Red Giants mengumumkan untuk tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih menentang JDT setelah Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memutuskan untuk tetap meneruskan perlawanan yang dijadualkan itu.

“Keputusan setelah penelitian dijalankan dan perbincangan terperinci dengan pelbagai pihak berikutan rentetan dari insiden jenayah serta ancaman yang baru berlaku melibatkan berapa pemain dan pegawai pasukan dalam tempoh hanya 72 jam.

“Berdasarkan keadaan semasa yang tidak menentu, kami di Selangor FC menegaskan keselamatan pasukan adalah perkara paling utama dan kami memandang serius akan segala bentuk keganasan dan ancaman serta tidak akan berkompromi dengan sekarang isu berkaitan keselamatan pasukan,” kata kelab dalam satu kenyataan semalam.

Mengulas lanjut, Edwards berkata, JDT pernah diserang dalam keadaan yang ‘hostile’ di Pahang, Perak dan Kelantan sebelum ini tetapi skuad Harimau Selatan masih ke gelanggang lawan dan bermain dalam perlawanan yang dikawal ketat pihak polis.

“Selangor tidak pernah diserang di Stadium Sultan Ibrahim. Malahan pasukan dan penyokong mereka dikawal oleh polis ke dalam stadium dan sehingga ke bas dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini.

“Meksipun kejadian baru-baru ini yang menimpa Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim membimbangkan, kita perlu meletakkan kepercayaan kepada pihak berkuasa.

“Bukan hanya untuk menyiasat kes-kes ini tetapi juga untuk menjaga keselamatan dan memastikan musim bola sepak 2024-25 berjalan lancar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya