KLUANG: Jalan Rambutan di bandar ini ditutup satu lorong selepas sebahagian kawasan tempat letak kenderaan di Pekan Rabu, runtuh petang ini. Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, penutupan dilakukan bagi membolehkan kerja-kerja menaikkan tebing selain mengalihkan tiang lampu yang dikhuatiri boleh tumbang. Justeru, orang ramai diminta tidak menghampiri kawasan kejadian kerana bimbang berlaku perkara tidak diingini akibat runtuhan itu. “Pemantauan masih dilakukan bagi memastikan tiada runtuhan…










