Hujan lebat cetus banjir kilat di Kota Tinggi - Utusan Malaysia

Hujan lebat cetus banjir kilat di Kota Tinggi

HUJAN berterusan sejak pagi tadi menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan di daerah Kota Tinggi, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka selepas hujan berterusan sejak pagi tadi sehingga berlaku banjir kilat di beberapa kawasan di daerah ini, hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Lintang dibuka pada pukul 12.30 tengah hari menempatkan 22 penduduk dari tujuh keluarga.

Katanya penduduk yang dipindahkan ke PPS adalah dari dua buah kampung iaitu Kampung Teminin Baru dan Kampung Desa Makmur.

“Menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hujan amaran ribut petir dan hujan lebat dikeluarkan sehingga pukul 6 petang Sabtu, membabitkan Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, turut tular beberapa keping gambar dan video dikongsikan di media sosial memaparkan keadaan banjir kilat di bandar Kota Tinggi.

Pengguna jalan raya turut diminta Jalan Pintasan (Bypass) untuk meneruskan perjalanan keluar dan masuk ke bandar Kota Tinggi.

Menerusi perkongsian di Facebook Polis Kota Tinggi, pemantauan banjir kilat serta kawalan lalulintas dilakukan Jalan Johor Bahru – Kluang (Sanggar Kota), Kota Tinggi dan Jalan Kota Tinggi – Kluang (persimpangan Taman Daiman), Kota Tinggi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN