Gaji sektor swasta perlu dinaikkan minimum 10 peratus

Gaji sektor swasta perlu dinaikkan minimum 10 peratus

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap sektor swasta dapat mencontohi langkah kerajaan menaikkan gaji penjawat awam seperti diumumkan, baru-baru ini. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gaji pekerja sektor swasta di negara ini perlu dinaikkan sekurang-kurangnya 10 peratus.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (Papsma), Kelvin Cheong Sook berkata, Malaysia adalah antara yang lambat menerima kenaikan gaji berbanding negara-negara lain.

“Bagi sektor swasta, memang agak sukar pada awalnya kerana gaji permulaan telah ditetapkan pada RM1,500.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tetapi mereka perlu menaikkan gaji sekurang-kurangnya 10 peratus supaya pekerja di sektor awam dan sektor swasta mendapat gaji yang relevan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap sektor swasta dapat mencontohi langkah kerajaan menaik­kan gaji penjawat awam seperti diumumkan kelmarin.

Anwar berkata, ada syarikat swasta mencatatkan keuntu­ngan berganda hasil daripada produktiviti dan pengorbanan pekerja mereka.

Sementara itu, Koordinator Pusat Keusahawanan Mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Mohamad Idham Md. Razak berkata, kerajaan perlu memastikan pelabur melabur dalam peluang pembangunan profesional untuk memperkasakan penjawat awam walaupun gaji kumpulan tersebut naik lebih 13 peratus.

“Ini akan membolehkan mereka melaksanakan tugas dengan lebih berkesan dan menyumbang secara bermakna kepada inisiatif pembangunan negara.

“Dengan menyediakan akses seperti program latihan, bengkel, dan inisiatif pembinaan kemahiran, kerajaan boleh memupuk budaya pembelajaran berterusan dan inovasi dalam perkhidmatan awam,” ujarnya.

Mengulas isu sama, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhid­matan Awam (CUEPACS), Abdul Rahman Mohd. Nordin berkata, penjawat awam mengharapkan kadar kenaikan kadar gaji diberikan secara adil supaya dapat menjalani kehidupan dalam keadaan sedikit selesa selari dengan kenaikan kos sara hidup semasa.

“Rata-rata penjawat awam amat berpuas hati dengan kenaikan gaji sebanyak 13 peratus baru-baru ini yang berkuat kuasa pada 1 Disember nanti.

“Bagaimanapun, kami masih menunggu jumlah kadar kenaikan gaji berdasarkan gred pekerja yang akan dibincangkan oleh Perdana Menteri dalam masa terdekat,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini