JERANTUT : Penat lelah seorang anak menguruskan bapanya yang menghidap penyakit strok selama empat tahun akhirnya menerima ganjaran apabila pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Kota Gelanggi Dua, dekat sini, Muhammad Aidil Izzudin Akbar Nizam, 18, memperoleh 6A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Muhammad Aidil Izzudin berkata, setiap hari bermula pukul 6 pagi, rutin harian bersama ibunya, Fazziah Abdullah, 46, mengangkat bapanya, Akhbar…










