KUALA LUMPUR: Seorang lelaki didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mengemukakan maklumat palsu ketika mendaftarkan sijil kelahiran anak angkatnya dalam usaha mendapatkan kewarganegaraan, 17 tahun lalu. Majistret Illi Marisqa Khalizan memutuskan demikian selepas Lee Swee Theng, 59, mengaku bersalah atas pertuduhan itu. Dia akan dipenjarakan selama tiga bulan jika gagal membayarnya. Mengikut pertuduhan, Swee Theng didakwa sengaja mengemukakan maklumat palsu dengan mengisi ruangan pertalian sebagai bapa…