DBKU mahu bekerjasama dengan Jepun dalam bidang pembangunan bandar - Utusan Malaysia

DBKU mahu bekerjasama dengan Jepun dalam bidang pembangunan bandar

ABANG Johari Tun Openg dan Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi serta dif-dif kenamaan yang lain bergerak masuk ke Majlis Ramah Tamah Aidilfitri DBKU, di Hotel UCSI Kuching, Sarawak malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) sedang mengkaji untuk menjalin kerjasama pembangunan bandar dengan Bandaraya Kyoto, Jepun pada masa hadapan.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata delegasi pihak berkuasa tempatan baru-baru ini telah memulakan lawatan penanda aras selama 10 hari ke Jepun meliputi Osaka, Kobe, Kyoto dan Tokyo.

“Banyak perkara yang kita telah pelajari sepanjang berada di Jepun, baik melalui taklimat mahupun lawatan tapak yang diatur oleh pelbagai agensi.

“Kami juga telah membuat pemerhatian di sekitar bandar, taman, pasar dan ruang awam, yang mana banyak amalan terbaik boleh disesuaikan untuk penambahbaikan Bandaraya Kuching,” ujarnya kepada media pada Majlis Hari Raya DBKU, di Hotel UCSI Kuching, Sarawak, malam tadi.

Beliau berkata lawatan itu, yang berakhir pada 2 Mei, adalah untuk mempelajari amalan terbaik, teknologi terkini, dan strategi pembangunan mampan dari bandar-bandar utama dan kawasan metropolitan di Tanah Matahari Terbit itu.

Justeru itu, beliau berkata satu kertas kerja akan dibentangkan kepada Premier Sarawak (Tan Sri Abang Johari Tun Openg) dalam masa terdekat ini berhubung usaha kerjasama berkenaan.

Sementara itu, beliau berkata DBKU akan meneruskan penyampaian perkhidmatannya berdasarkan Bersih, Cantik, Selamat, Pintar dan Mampan.

“Selaras dengan itu, sebanyak 80 pelan tindakan telah dirangka untuk dilaksanakan sepanjang tempoh 2023 hingga 2030,” jelasnya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN