PETALING JAYA: Isu tatatertib membabitkan penjawat awam hanyalah kes terpencil kerana hanya 0.5 peratus daripada keseluruhan 1.48 juta orang dikategorikan bermasalah dan dikenakan tindakan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Abdul Rahman Mohd. Nordin berkata, isu integriti dalam kalangan penjawat awam ketika ini semakin baik selepas pelaksanaan pelbagai tapisan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum diterima bekerja. Bagaimanapun, beliau mengakui masih terdapat…










