Cabaran besar guru di pedalaman

Cabaran besar guru di pedalaman

ABDUL Rahim Abdullah tetap tabah mendidik murid-murid SK Sri Sedohok di Kahang, Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Tiada bekalan elektrik, bertemankan cahaya lilin atau lampu ayam untuk menerangi kegelapan malam. Itu antara cabaran dialami seorang guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Sedohok, Kahang, dekat sini.

Abdul Rahim Abdullah, 47, ditempatkan di SK Seri Sedohok pada 2004 dan pada tahun pertama, dia menginap di rumah guru di kawasan sekolah tanpa bekalan elektrik, hanya bergantung kepada sebuah generator yang berfunsgi sehingga pukul 1 petang (tamat waktu sekolah).

“Waktu malam, guna lilin atau lampu ayam dan hanya mengharap kedinginan malam untuk menyejukkan badan ketika tidur, sebelum bekalan elek­trik diterima secara konsisten mulai 2008.

“Cabaran bukan hanya itu, tiada bekalan air bersih dan bergantung air hujan untuk kegunaan harian. Jika kemarau, sungai berdekatan digunakan untuk mandi,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Abdul Rahim, kemudahan asrama mula disediakan pada 2010, namun ia menjadi cabaran baharu kepada pihak sekolah untuk meyakinkan ibu bapa dan murid-murid supaya tinggal di asrama.

“Bermula episod keperluan air yang sangat kritikal di sekolah, khususnya asrama. Keada­an ini membuatkan kami perlu sentiasa mencari alternatif memastikan bekalan air untuk keperluan harian murid mencukupi, dan keadaan lebih kritikal apabila musim kemarau.

“Kini sudah memasuki tahun 2024, namun masalah bekalan air bersih masih tidak berakhir walaupun mendapat sedikit bekalan air dari Pejabat Daerah Kluang, sumber air kolam dalam sekolah dan air telaga,” katanya.

Selain masalah di sekolah, Abdul Rahim turut berdepan cabaran untuk datang ke sekolah selepas berpindah ke Pekan Kahang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN