MELAKA: Selepas lapan hari, salah seekor buaya yang diburu akhirnya memasuki perangkap dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Sungai Malim, Kampung Tengah di sini selepas reptilia itu membaham seekor kambing pada 14 Mei lalu. Bagaimanapun, Pengarah Perhilitan Melaka, Petra Sulai berkata, para penduduk kampung mendakwa sang bedal yang ditangkap itu bukanlah buaya yang membaham kambing. Beliau berkata, buaya betina yang memasuki perangkap adalah spesies buaya tembaga…










