PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sedia terima sebarang kritikan daripada mana-mana pihak tetapi beliau tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang menyentuh sentimen isu raja, agama dan kaum (3R). Menurut Perdana Menteri, kebebasan bersuara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan bukan bermakna bebas untuk mencerca dan memaki hamun sesuka hati. “Raja-raja Melayu secara konsensus meminta supaya kerajaan lebih tegas menghalang isu berkenaan, ini kerana mereka berasa tidak adil diserang…