MELAKA: Kementerian Pengangkutan tidak pernah membenarkan mana-mana penyedia perkhidmatan e-hailing menggunakan sistem bidaan harga kepada penumpang. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah diarahkan menyemak sistem yang mula digunakan pemandu e-hailing pada waktu ini. “JPJ tidak pernah menyediakan aplikasi perkhidmatan e-hailing dan perkara ini perlu dirujuk kepada APAD untuk lihat perkara ini, sebab memang kita tidak dimaklumkan lagi. “Saya akan minta APAD untuk lihat…









