JOHOR BAHRU: Bapa kepada suspek utama dalam serangan maut di Balai Polis Ulu Tiram, di sini awal pagi semalam juga dipercayai merupakan ahli kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) seperti anaknya. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, lelaki berusia 61 tahun itu adalah antara tujuh individu yang ditahan bagi membantu siasatan termasuk seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 22 serta 21 tahun yang membuat laporan polis sebelum kejadian pada pukul…