SEREMBAN: Seorang bapa yang tergamak merogol anak kandung sendiri sejak anaknya itu berusia 12 tahun dijangka akan didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban di sini esok atas pertuduhan melakukan sumbang mahram. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitenden Aidi Sham Mohamed berkata, kertas siasatan kes berkenaan telah dirujuk kepada Pendakwa Raya Negeri Sembilan hari ini dan telah mendapat arahan pertuduhan ke atas suspek lelaki tempatan berusia 44 tahun di bawah Seksyen 376B…










