Bantu ibu jual aiskrim Malaysia depan rumah sempena cuti sekolah

Bantu ibu jual aiskrim Malaysia depan rumah sempena cuti sekolah

MUHAMMAD Irfan Syed Taib (kanan) menjual aiskrim Malaysia di hadapan rumahnya di Kampung Paya Datu, Manir, Kuala Terengganu, kelmarin. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Seorang kanak-kanak berumur tujuh tahun bijak memanfaatkan cuti persekolahan sejak Jumaat lalu dengan membantu ibunya menjual aiskrim di depan rumah mereka untuk mengisi masa terluang.

Muhammad Irfan Syed Taib, menjual aiskrim Malaysia yang berharga 50 sen setiap pagi dan petang kepada jiran-jiran terdekat di sekitar kawasan perumahannya di Kampung Paya Datu dekat Manir di sini.

Ibunya, Nurhafizah Abdullah, 43 berkata, dia tidak pernah memaksa anak bongsu dari tiga beradik itu untuk berniaga, sebaliknya Muhammad Irfan Syed yang menawarkan diri secara sukarela.

“Mungkin sebab dia dah terbiasa mengikut saya berniaga di sekitar Batu Enam beberapa tahun lalu dan dia suka melihat transaksi jual beli yang berlaku.

“Lagipun, dia hanya jual aiskrim itu secara suka-suka sahaja antara dua atau tiga jam.

“Lumrah kanak-kanak, bila ada kawan yang ajak bermain, dia akan tinggalkan sekejap ‘perniagaan aiskrim’ itu dan kembali menjual jika ada pembeli,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, di sini, kelmarin.

Antara perisa aiskrim yang mendapat sambutan ialah jeruk pedas, jeruk mangga, asam boi, bandung dan jagung.

Murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah itu akan menerima upah daripada ibunya antara RM5 atau RM6 setiap hari bagi menghargai minatnya dalam bidang keusahawanan.

Nurhafizah berkata, kebiasaannya dia membuat 30 batang aiskrim pada hari biasa dan jumlah itu meningkat dua kali ganda pada musim cuti persekolahan ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×