KUANTAN: Jenazah Allahyarham Konstabel Muhammad Syafiq Ahmad Said yang terkorban dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru, awal pagi semalam selamat tiba di kediaman keluarganya di Taman Sri Mahkota Jaya di sini kira-kira pukul 4.40 petang hari ini. Muhammad Syafiq dibawa pulang kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi, selepas proses bedah siasat, mandi dan dikafankan siap dilakukan di Jabatan Forensik, Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru. Jenazah turut…