Anwar solat Jumaat bersama 1,000 jemaah - Utusan Malaysia

Anwar solat Jumaat bersama 1,000 jemaah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 1,000 jemaah di Masjid Kampung Sungai Merab, di sini.

Perdana Menteri yang memakai baju Melayu biru Muda, bersampin tiba kira-kira pukul 1.30 petang.

Ketibaan Anwar yang juga Menteri Kewangan di sini disambut pengurusan masjid serta penduduk tempatan.

Beliau diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar.

Perdana Menteri turut mendengar khutbah bertajuk ‘Takwa dan Pekerjaan’ disampaikan Imam, Wan Mohd. Firdaus sebelum menunaikan solat Jumaat bersama ratusan jemaah yang lain.

Selesai solat, Ahli Parlimen Tambun itu sempat meluangkan masa bersalaman serta bergambar bersama jemaah yang hadir.

Perdana Menteri turut dikerumuni pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Merab 2 yang hadir bagi mendapatkan tandatangan beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN