Aliff Aziz ‘buang’ Sarah Yasmine dari hidup

Aliff Aziz ‘buang’ Sarah Yasmine dari hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Aliff Aziz tampil mempersoalkan tindakan bekas kekasihnya, Sarah Yasmine yang membuat pendedahan tentang perbuatan curangnya baru-baru ini.

Kata Aliff, dia sendiri tidak faham mengapa wanita tersebut bertindak sedemikian sedangkan sedar akan kesan buruk yang bakal berlaku akibat pendedahan tersebut.

“Saya tak percaya dia berbuat demikian, kenapa perlu dia dedahkan?

“Sampai sekarang saya masih tertanya-tanya mengapa dia beranggapan pendedahan itu untuk saya sedangkan dia sedar perkara itu akan mengeruhkan lagi keadaan.

“Jadi, terima kasih dan selamat tinggal,” katanya.

Aliff berkata demikian menerusi wawancara yang diadakan podcast The Common Folks SG, semalam.

Sarah sebelum ini mencipta sensasi apabila mendedahkan dirinya sebagai kekasih gelap kepada pelakon tersebut.

Dia juga hangat diperkatakan selepas mendedahkan tangkap layar perbualan WhatsApp membabitkan Aliff dengan wanita dipetik sebagai NRF yang dipercaya pelakon Ruhainies.

Aliff dalam masa yang sama tidak menerima alasan ibu tunggal itu yang mendakwa membuat pendedahan tersebut atas rasa sayangnya terhadap suami Bella Astillah itu.

“Macam mana dia boleh bertindak sedemikian atas alasan sayang dan mahu bersihkan nama saya?

“Apa niat sebenar dia dedahkan semua itu, dia sahaja yang tahu,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, Aliff sempat melayangkan sindiran dengan berharap wanita tersebut bergembira dengan publisiti yang diraihnya selepas membuat pendedahan -pendedahan berkenaan.

“Banyak perkara yang sensitif dan tak ada siapa yang suruh dia buat pendedahan.

“Tapi dia teruskan juga. Hanya dia sahaja yang tahu niat disebalik tindakannya.

“Saya harap dia nikmati populariti sementara akibat tindakannya itu,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×