Al-Sultan Abdullah berseloroh minta doakan Tengku Hassanal segera kahwin - Utusan Malaysia

Al-Sultan Abdullah berseloroh minta doakan Tengku Hassanal segera kahwin

AL-SULTAN Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ketika berkenan mencemar duli menyempurnakan Istiadat Pembukaan Dewan dan Mesyuarat Pertama Penggal ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 di Wisma Sri Pahang di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempat berseloroh meminta mendoakan supaya Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah segera berkahwin.

“Mudahan-mudahan juga kita doakan anakanda (Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah) segera kahwin,” seloroh Al-Sultan Abdullah di ketika bertitah pada istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Al-Sultan Abdullah dalam titah baginda turut menzahirkan penghargan buat Tengku Hassanal sepanjang memegang tugas sebagai Pemangku Raja selama tempoh lima tahun bermula 2019.

“Pada pagi yang bahagia ini beta terlebih dahulu ingin mengambil kesempatan merakamkan ucapan terima kasih kepada anakanda beta Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang kerana telah memegang tugas sebagai Pemangku Raja selama lima tahun kerana beta menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.

“Dan ucapan terima kasih juga kepada semua khususnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri, ahli-ahli mesyuarat dan ahli dewan undangan negeri (ADUN) yang mana telah memberi segala dorongan, sokongan dan tunjuk ajar kepada yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang.

“Mudah-mudahan anakanda beta dapat pelajari selok belok tentang urusan tadbir urus sebuah negeri seperti negeri Pahang,” titah baginda.

Al-Sultan Abdullah dalam pada itu turut merakamkan penghargaan kepada semua ADUN atas usaha berterusan dalam memakmurkan negeri Pahang.

“Beta menyeru semua ahli DUN agar sentiasa menghayati, melindungi, memelihara dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan serta Undang-Undang Tubuh kerajaan negeri Pahang,” titah baginda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×