Ada orang di Indonesia tanya di manakah Kelantan?

Ada orang di Indonesia tanya di manakah Kelantan?

PASAR Terapung Pulau Suri, Tumpat antara salah satu produk pelancongan di Kelantan. – UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: “Ada orang tidak tahu di mana Kelantan, macam mana mereka hendak datang,’’ itu kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Ke­senian dan Warisan negeri, Datuk Kamarudin Md. Nor.

Katanya, pengalaman itu dilalui ketika membuat promosi pelancongan Kelantan di Sumatera, Indonesia baru-baru ini.

“Jadi kita seolah-olah bermula dari kosong. Kelantan ingin menjemput pemain pelanco­ngan untuk datang ke Kelantan dan melihat produk yang ada sebelum mereka pulang dan mempromosikannya,” katanya pada Majlis Ramah Mesra dan Pertemuan Media Bersama Jabatan Kebudayaan dan Ke­senian Negara (JKKN) di Pantai Kemayang di sini kelmarin.

Kamarudin mengakui promosi tidak menarik menjadi punca utama Kelantan gagal menarik pelancong untuk berkunjung ke negeri ini walaupun mempunyai banyak produk yang menarik.

Katanya, perkara itu menyebabkan maklumat berkait dengan lokasi dan aktiviti pelancongan tidak diketahui oleh orang luar.

Menurutnya, susulan itu kerajaan negeri keluar membuat promosi dan menjemput pelancong datang.

“Sempena Tahun Melawat Kelantan 2024, kita bawa tema iaitu ‘Family, Food dan Festival’ yang menawarkan pelbagai sajian menu unik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN