32 peratus sudah mengundi setakat 12 tengah hari

32 peratus sudah mengundi setakat 12 tengah hari

ANTARA pengundi warga emas yang mengundi setakat pukul 10 pagi di semua 18 pusat pengundian menerusi 74 saluran dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, hari ini - UTUSAN/M FIRDAUS M JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Sebanyak 32.51 peratus daripada 39,362 pengundin dilaporkan keluar mengundi setakat pukul 12 tengah hari di semua 18 pusat pengundian menerusi 74 saluran dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, hari ini.

Kesemua pusat mengundi mula dibuka bagi membolehkan pengundi di Kuala Kubu Baharu menjalankan tanggungjawab mereka sejak pukul 8 pagi tadi dan semua peti undi dijadualkan ditutup pada pukul 6 petang.

Kecuali di pusat mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Bukit Fraser (Tapak Lama) di bawah Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pertak yang dibuka selama 6 jam sehingga pukul 2 petang.

PRK Kuala Kubu Baharu melibatkan pertembungan empat penjuru iaitu dua parti gergasi, Pakatan Harapan (PH) yang menampilkan Pang Sock Tao dan Perikatan Nasional (PN) pula mempertaruhkan Khairul Azhari Saut.

Dua lagi  adalah Hafizah Zainudin daripada Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan calon bebas, Nyau Ke Xin.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN