15 warga asing ditahan, tiga premis disita

15 warga asing ditahan, tiga premis disita dalam operasi bersepadu di Seremban

PEGAWAI Penguatkuasa MBS menjalankan pemeriksaan dalam serbuan yang dilakukan bersama JIM Negeri Sembilan di sebuah premis restoran di Taman Bukit Blossom, Seremban, semalam.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tindakan tegas terhadap warga asing yang melanggar syarat pas dan permit serta menjalankan perniagaan tanpa lesen terus dilakukan di bandar ini menerusi operasi bersepadu yang dijalankan beberapa agensi.

Menerusi Operasi Bersepadu Warga Asing yang dilaksanakan pihak Majlis Bandaraya Seremban (MBS) bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sembilan di bandar ini semalam telah menyaksikan seramai 15 warga asing termasuk tiga wanita telah ditahan.

Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Razali berkata, kesemua mereka ditahan selepas didapati melanggar syarat pas ditetapkan semasa pemeriksaan serbuan di empat buah premis perniagaan termasuk restoran iaitu masing-masing di Pusat Komersial Blossom, Pusat Komersial Universiti dan dua buah premis di Pusat Komersial Oakland.

“Pihak imigresen memaklumkan warga asing yang ditahan itu terdiri daripada dua orang warga Pakistan, Thailand (8) India (2) dan tiga warga Myanmar daripada 34 orang yang diperiksa. 

“Hasil siasatan lanjut mendapati kesemua mereka berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun didapati tiada mempunyai dokumen yang sah dan telah langgar syarat pas ditetapkan. Berikutan itu, mereka disiasat dibawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya hari ini.

Masri berkata lagi, dalam operasi itu juga, pihaknya telah mengeluarkan notis sitaan ke atas tiga buah premis kerana tidak mempunyai lesen perniagaan. 

“Semua tindakan diambil di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Tred perniagaan kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen dan melanggar syarat lesen (warga asing) dan Seksyen 70 Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133) melibatkan kesalahan mendirikan struktur atau halangan di tempat awam tanpa kebenaran,” kata beliau lagi.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN