10,000 pengunjung dijangka hadir Karnival 25 tahun Keadilan - Utusan Malaysia

10,000 pengunjung dijangka hadir Karnival 25 tahun Keadilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kira-kira 10,000 pengunjung hadir ke Karnival 25 tahun Keadilan yang diadakan buat julung kalinya pada tahun ini.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar berkata, penganjuran karnival itu bagi menyambut ulang tahun penubuhan PKR yang ke-25.

“Sejarah penubuhan parti yang bermula dengan pelbagai ujian sehingga mematangkan perjuangan Keadilan yang akhirnya menjadi sebahagian tampuk pemerintahan negara akan dipersembah dalam bentuk pameran, wacana forum dan lain-lain pengisian sepanjang karnival.

“Karnival ini juga akan bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan untuk membuka kaunter bergerak bagi memudahkan urusan pengunjung antara lain kaunter pembayaran saman, permohonan kad pengenalan dan berkaitan hal ehwal pensijilan halal serta lain-lain lagi,” katanya pada sidang akhbar sempena Sambutan 25 tahun Keadilan di ibu pejabat, hari ini.

Terdahulu, Karnival 25 tahun Keadilan akan diadakan pada 11 Mei ini di Sentul Depot, Kuala Lumpur bermula pukul 9 pagi hingga 10 malam yang terbuka untuk orang ramai dan anggota PKR.

Selain itu, katanya, pengunjung karnival juga akan disajikan dengan jualan gerai dari pelbagai vendor tempatan.

“Antaranya Tia Fatihah Hijab, So.lek x Gempikat, Berrykinn, Gorpis, Fifbites Churros dan banyak lagi.

“Pelbagai aktiviti menarik juga bakal dipersembahkan kepada pengunjung antara lain permainan tradisional rakyat, persembahan buskers lokal dan yang paling menarik persembahan artis Aisha Retno, Kaka Azraff dan penampilan khas daripada Datuk Zainal Abidin,” katanya.

Dalam pada itu, Izzah berkata, pada sebelah malam satu acara majlis kesyukuran akan diadakan di Masjid Abu Hurairah, Jalan Ipoh Kuala Lumpur sebagai tanda syukur terhadap perjuangan parti sehingga saat ini.

“Buat pendukung dan anggota Keadilan, satu majlis makan malam turut diadakan dari pukul 6.30 petang sehingga pukul 10 malam di tempat yang sama bagi meraikan pengorbanan dan sumbangan anggota.

“Kami mengajak semua rakyat dan anggota untuk turut sama menjayakan Karnival Sambutan 25 Tahun Keadilan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN