MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh, Kerk Chee Yee membangkitkan tiga persoalan terhadap keberkesanan dan mekanisme pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan (ZBK) di Banda Hilir di sini, sejak Ogos 2023 yang membawa kepada penutupan beberapa jalan. Chee Yee berkata, oleh kerana pada setiap bulan terdapat pengumuman pengubahsuaian atau penukaran hala jalan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), adakah pelaksanaan zon berkenaan tidak dirancang dengan teliti dan rapi? Ujarnya, selain…










