UTeM Holdings serah RM8 juta dividen

UTeM Holdings serah RM8 juta dividen

PENYERAHAN replika cek oleh Ghazali Omar yang disaksikan Mohd. Ali Mohd. Rustam dan Ab. Rauf Yusoh di Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerima penyerahan dividen sebanyak RM8 juta daripada UTeM Holdings Sdn. Bhd. (UHSB) pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Tun Canselor di kampus induk universiti itu di sini, Jumaat lalu.

Penyerahan replika cek disampaikan Prof. Ts. Dr. Ghazali Omar yang menjalankan sementara tugas Ketua Pegawai Eksekutif UHSB sambil disaksikan Yang Dipertua Negeri Melaka merangkap Canselor UTeM, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam dan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

Naib Canselor UTeM, Prof. Ts. Dr. Massila Kamalrudin berkata, jumlah dividen bernilai RM8 juta merupakan angka tertinggi semenjak penubuhan syarikat berkenaan.

“Angka tersebut jelas menggambarkan peningkatan memberangsangkan jika dibandingkan dividen yang diterima UTeM pada tahun sebelumnya sebanyak RM5 juta dan sebelum itu pula sebanyak RM2.9 juta,” katanya.

Pada majlis sama, seramai 50 mahasiswa menerima sumbangan berjumlah RM16,000 menerusi Tabung Amal Jariah UTeM yang merupakan hasil sumbangan warga universiti dan pihak luar.

Tambah Massila, tahun ini juga, jumlah sumbangan diterima bagi penganjuran program sepanjang Ramadhan ini adalah sebanyak RM344,000 yang mana penyumbang utama merupakan Yayasan Canselor UTeM dan UHSB.

“Bukan itu sahaja, untuk makluman bersama, UHSB juga telah bersetuju menyalurkan RM150,000 bagi penganjuran Mahabbah Aidilfitri di samping pemberian dividen berjumlah RM8 juta kepada UTeM.

“UTeM turut mengambil berat kebajikan pelajar terutama daripada segi biasiswa yang mana sehingga kini seramai 732 orang pelajar telah menerima biasiswa daripada 29 agensi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN