Trafik WCE dijangka meningkat 150,000 sehari

Trafik WCE dijangka meningkat 150,000 sehari

wce
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Hampir sejuta kenderaan bakal melalui Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) selama lima hari bermula hari ini berikutan orang ramai meninggalkan kediaman masing-masing untuk pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada Rabu depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jangkaan tersebut di­buat selepas mengambil kira jajaran baharu di Seksyen 11 Taiping Selatan, Perak yang siap sepenuhnya baru-baru ini bakal menyebabkan lonjakan lebih 150,000 kenderaan menggunakan WCE dalam masa sehari menjelang perayaan itu.

Pengarah Urusan WCE, Lyndon Alfred Felix ketika dihubungi Utusan Malaysia memberitahu, lonjakan tersebut adalah lebih tinggi berbanding sambutan Krismas pada Disember lalu selepas jajaran di Perak siap sepenuhnya.

“WCE dengan susur yang baru dibuka di Seksyen 11 Taiping Selatan (Beruas-Taiping) yang bersambung terus de­ngan Lebuh Raya Utara Selatan, kita anggarkan peningkatan trafik sebanyak 150,000 sehari pada waktu puncak (sambutan) Hari Raya Aidilfitri.

“Bagaimanapun, WCE masih belum siap sepenuhnya dan kita belum mengenal pasti kawasan-kawasan tertentu sebagai hotspot (kesesakan),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN