KOTA BHARU: Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan dakwaan beliau telah ‘menyapu’ duit Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagaimana tular menerusi aplikasi TikTok malam tadi.
Beliau bagaimanapun berkata, dakwaan tersebut akan diteliti terlebih.
“Setakat ini saya tidak mendapat sebarang maklumat sebenar berhubung dakwaan tersebut.
“Ini merupakan dakwaan paling pelik yang pernah diterima (saya) setakat ini,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Kelantan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini hari ini.
Semalam tukar rakaman perbualan suara di aplikasi Tiktok milik Rie Rie yang mendakwa Tuan Ibrahim menjadi individu pertama dari Pas telah mengambil wang milik Bersatu selain Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.
Individu yang membuat dakwaan ke atas Tuan Ibrahim itu didakwa adik kepada Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Menurusi rakaman itu, lelaki berkenaan mendakwa dia sebagai saksi empat mata yang melihat kejadian tersebut.-UTUSAN











