KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merampas 1,020 kilogram (kg) minyak masak peket bersubsidi yang cuba diseleweng ke negara jiran selepas menahan tiga lelaki dalam serbuan di Pasir Tumboh, semalam. Ketiga-tiga suspek itu ditahan semasa sedang memunggah barangan kawalan tersebut ke dalam dua buah kenderaan iaitu Perodua MyVi dan van pada pukul 12.30 tengah hari. Pengarahnya, Azman Ismail berkata, terdahulu KPDN telah mengesan pergerakan…










