PETALING JAYA: Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menerima 26 aduan daripada pengadu-pengadu berkenaan skim pelaburan dengan kerugian dianggarkan sebanyak lebih RM2.3 juta. Difahamkan, pelaburan membabitkan 10 jenis skim jenayah pelaburan terancang ditawarkan oleh sebuah koperasi. Setiausaha Kerja MHO, Izzat Izzuddin Idris berkata, konsep pelaburan yang ditawarkan adalah dengan memberikan pinjaman tanpa cagaran kepada syarikat-syarikat sendirian berhad yang tidak dimiliki oleh koperasi tersebut. Katanya, koperasi itu menganjurkan 10 jenis skim…