Ruminah terima Sumbangan Keceriaan kepada warga emas di Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

Ruminah terima Sumbangan Keceriaan kepada warga emas di Negeri Sembilan

RUMINAH Sidek ceria menerima inisiatif Sumbangan Keceriaan kepada warga emas Negeri Sembilan sebanyak RM200 yang disampaikan Mohd. Isam di Jelai, Tampin semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Pelakon veteran, Ruminah Sidek, 78, atau lebih dikenali sebagai Mak Mah menerima inisiatif Sumbangan Keceriaan kepada warga emas Negeri Sembilan yang berjumlah sebanyak RM200.

Bantuan berkenaan disampaikan oleh Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd. Isam Mohd. Isa di Dewan Semai Bakti Felda Jelai 3, Gemas, di sini semalam.

Menurut Mohd. Isam, sumbangan berkenaan tidak mengira kadar pendapatan dan diberikan kepada setiap individu berusia 70 tahun ke atas dan berdaftar sebagai pengundi di Negeri Sembilan.

“Bagi Zon Jelai di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemas, sebanyak 371 penerima dicatatkan termasuklah pelakon veteran tersebut yang sudah pun berkahwin dengan seorang peneroka di Felda Jelai 4,” katanya hari ini.

Inisiatif Sumbangan Keceriaan sebanyak RM200 seorang yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri dalam Belanjawan Negeri Sembilan 2024 yang menunaikan manifesto Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan di bawah Skim Sejahtera Rakyat.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×