SEREMBAN : Polis Negeri Sembilan telahpun memanggil seramai 11 individu untuk diambil keterangan dan membantu siasatan susulan satu kegiatan keagamaan berkenaan kerohanian yang mencurigakan dikesan di Nilai di sini. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, siasatan yang dijalankan juga akan melihat kepada semua sudut termasuk jika terdapat unsur-unsur ajaran salah. “Siasatan masih diteruskan, bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat setakat ini,” katanya ketika dihubungi hari ini. Semalam, beliau…










