KUANTAN: Penunggang motosikal khususnya yang akan pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba diminta menjaga toleransi dan sikap dengan tidak mementingkan diri ketika di jalan raya. Penaung Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi, Daz Bikers, Datuk Seri Zuhairi Ab. Kadir berkata, jika melihat statistik, lebih 80 peratus faktor utama nahas jalan raya sehingga mengakibatkan kematian berpunca daripada sikap manusia. “Berdasarkan kepada statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang…