Gara-gara pusingan U, lima kemalangan di Tambak Johor

Gara-gara pusingan U, lima kemalangan di Tambak Johor

GAMBAR MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tindakan seorang penunggang motosikal yang cuba membuat pusingan U untuk mengambil barang tercicir menjadi puncak kemalangan membabitkan lima motosikal di Jalan Tambak Johor, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kemalangan yang berlaku pada pukul 9.20 pagi itu tular di media sosial semalam setelah menyebabkan kesesakan di laluan ke Singapura.

Katanya, kemalangan tersebut melibatkan lima penunggang motosikal iaitu lelaki tempatan dan mereka semuanya dalam perjalanan ke tempat kerja di Singapura.

“Ketika kejadian cuaca baik dan lalu lintas sibuk. Semasa kemalangan berlaku, salah seorang penunggang dipercayai sedang berhenti dan membuat pusingan U untuk mengambil barang peribadi yang terjatuh.

“Kemudian, empat motosikal lain yang tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikal tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Raub berkata, semua mangsa yang terlibat terjatuh atas tengah jalan dan mengalami kecederaan ringan serta dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk menerima rawatan.

Raub meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut untuk menyalurkan maklumat dengan menghubungi Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan.

“Mereka juga boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Shahrol Ixuan Salleh 013-7561919 bagi membantu siasatan,” ujarnya dan berkata, kes diklasifikasi bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN