KOTA BHARU: Seorang pengasas sebuah rumah anak yatim dan maahad tahfiz didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan meliwat tiga pelajar lelakinya di pusat pengajian di Bachok dan Machang dekat sini sejak tiga tahun lalu. Tertuduh, Muzaidi Mohamad, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad. Mengikut pertuduhan pertama hingga kelima, tertuduh yang juga mudir di kedua-dua pusat pengajian…